Friday, April 9, 2010

Pesan Rasulullah


Pesan Rasulullah 

  • Akhlak mulia cermin keimanan
PEMBINAAN akhlak yang mulia bermula daripada pembentukan pada peringkat akar umbi iaitu dalam sebuah keluarga yang kecil, komuniti setempat dan warganegara secara umumnya.
  • Sujud tingkat tertinggi penghormatan
DARIPADA Ibnu Abbas, katanya, Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika Baginda sakit akan wafat), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah diimamkan Abu Bakar.
  • Iktikaf 10 awal Syawal
DARIPADA Aisyah, katanya: "Apabila Rasulullah SAW hendak iktikaf pada 10 yang akhir Ramadan, Baginda solat Subuh terlebih dulu, sesudah itu barulah Baginda masuk ke tempat iktikaf, iaitu sebuah bilik kecil yang dibuatkan khusus untuknya.
  • Amalan ziarah erat hubungan persaudaraan
DARIPADA Abu Syuraih al-Khiz'iy, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: "Bertamu (menziarah) itu tiga hari dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya.
  • Amal ibadat malam raya
DARIPADA Abi Umamah daripada Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
  • Hari diharam puasa
DARIPADA Umar bin Khathab, katanya: "Dua hari ini dilarang Rasulullah SAW untuk berpuasa, iaitu Aidilfitri selepas kalian berpuasa (Ramadan) dan hari raya makan (daging korban - Aidiladha) selepas kalian menunaikan ibadah haji." (Hadis riwayat Muslim)
  • Dunia ibarat kebun untuk raih hasil di akhirat
DARIPADA Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan. Mereka bertanya: "Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab Baginda: "Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan." (Hadis riwayat al-Bukhari)
  • Kekang nafsu jihad terbesar
RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya." (Hadis riwayat al-Bukhari)
  • Solat ikut kemampuan diri
DARIPADA Anas, katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW masuk ke masjid. Lalu dilihatnya ada sebuah tali terbentang di antara dua batang tiang, maka Baginda bertanya: "Tali apakah ini?"
  • Jangan putus asa berdoa
DARIPADA Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud: "Allah sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan."

  • Keras kepala, tak suka belanja harta ahli neraka
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Bukankah aku sudah memberitahu kamu mengenai ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • 10 malam terakhir patut jadi rebutan
DARIPADA Abu Hurairah berkata: "Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) pada Ramadan tanpa memerintahkan secara wajib, Baginda bersabda: "Sesiapa yang solat malam pada Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang lalu."
  • Pintu ar-Rayyan khas buat orang berpuasa
DARIPADA Sahl bin Sa'ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat.
  • Belanja harta untuk kebaikan
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Bukankah aku memberitahu kamu mengenai ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Peraturan syarak untuk dipatuh
DARIPADA Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang fardu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada Ramadan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Fakir malu tagih bantuan berhak zakat
DARIPADA Abu Hurairah, katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta-minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila dia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma - dia akan pergi ke tempat lain meminta lagi.
  • Musafir diseru terus puasa
DARI Hamzah bin Umar al-Islami bahawa dia pernah bertanya Rasulullah SAW, katanya: "Ya Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?"
  • Punca amalan pada Ramadan jadi sia-sia
ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasanya melainkan lapar. Ramai yang mendirikan sembahyang malam tetapi tidak memperoleh apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam."
  • Berbuka dulu sebelum solat
DARIPADA Anas berkata: "Sudah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila makan malam (berbuka) disediakan, maka mulailah makan sebelum solat Maghrib, janganlah mendahului solat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang)."
  • Lima ketinggian Ramadan
IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: "Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin 'Al-Mutsiiratu' dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun
  • Rukhsah dalam berpuasa
RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang berbuka puasa Ramadan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadakkan dengan puasa setahun, walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu." (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
  • Ramadan sedia peluang perbaiki amalan
KAAB bin Ujrah menceritakan kisah menarik daripada Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Hampiri mimbar!" Lalu kami semua menurutinya.
  • Ganjaran pahala hadir majlis ilmu
KEDATANGAN Ramadan tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu budaya menambahkan pengetahuan memang dituntut tidak kira bila atau di mana juga.
  • Empat zikir sepanjang Ramadan
NABI Muhammad SAW sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah SAW.
  • Wajib bayar hutang walaupun meninggal
DARIPADA Abu Hurairah katanya: "Seseorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu, sahabat tidak senang terhadap orang itu
  • Islam tuntut istiqamah
DARIPADA Ibnu Umar, katanya: "Nabi SAW melarang puasa sambung (terus-menerus tanpa berbuka). Sahabat bertanya: Bukankah Baginda sendiri melakukan puasa wisol? Rasulullah SAW menjawab: "Sesungguhnya aku tidak seperti kalian. Aku diberi makan dan minum."
  • Jalin silaturahim panjangkan umur, murah rezeki
APAKAH amalan paling mudah semoga Allah permudahkan rezeki dan panjangkan umur? Jawapannya begitu mudah iaitu menghubungkan silaturahim.

  • Ilmu bentuk akhlak mulia
RASULULLAH SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali." (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)
  • 'Hidupkan malam dengan solat sunat, zikir'
DARIPADA Abu Hurairah berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiamullail (solat malam) pada Ramadan tanpa memerintahkan secara wajib, Baginda bersabda: "Sesiapa yang solat malam Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang lalu."
  • Jangan cemari puasa dengan kata sia-sia
UMAT Islam diminta mengawal lidah daripada bercakap yang sia-sia. Asal saja mahu bertutur, pastikan ia tidak akan membawa kepada mudarat, terutama jika membabitkan hubungan dengan orang lain.]
  • Bulan buat amal sedekah
UMAT Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan pada Ramadan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah. Balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah pada hari akhirat kelak.
  • Ikhlas beramal bentuk jiwa bersih
ORANG yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah semata-mata, akan dapat membentuk jiwa bersih. Mereka dapat menahan nafsu sama ada nafsu jantina, makan, minum serta melawan diri daripada melakukan sifat tercela seperti mengumpat dan mengeluarkan kata-kata kotor dan lucah.
  • Tingkat ibadat malam raya
PADA malam hari raya, sepatutnya kita berqiamulail, membangunkan malam dengan ibadat, bukannya membangunkan malam dengan membakar lemang dan memasak ketupat serta berhibur dengan pelbagai program yang melalaikan hingga ke pagi.
  • Ganjaran ikhlas berpuasa
BALASAN bagi orang yang berpuasa dengan penuh takwa dan ikhlas bagi mendapatkan keredaan Allah sangat besar. Selain, diberikan ganjaran pahala berlipat ganda, Allah turut berjanji balasan syurga untuk mereka.
  • Doa perlu bersungguh-sungguh
AMALAN baik sepanjang Ramadan akan mendapat keberkatan dan ganjaran berlipat ganda daripada Allah. Begitu pun, kita hendaklah berdoa supaya Allah memberi keberkatan terhadap amalan yang dilakukan itu
  • Ibu bapa pembentuk tingkah laku anak
PADA Ramadan ini, ibu bapa berjaya mendidik anak mereka supaya menjalani ibadat berpuasa. Anak-anak dipastikan melaksanakan ibadat itu walaupun ada antara mereka yang berpuasa separuh hari. Inilah kelebihan Ramadan, yang sebenarnya melatih dan mendidik umatnya untuk melaksanakan tuntutan-Nya. Bak kata pepatah Melayu, 'kalau hendak melentur buluh, biar dari rebungnya'.
  • Kelebihan amalan sunat pada Ramadan amat besar
UMAT Islam digalakkan melakukan sebanyak mungkin amalan sunat sepanjang Ramadan untuk mengharapkan ganjaran pahala dan keredaan Allah.
  • Rasulullah lebihkan sifat dermawan
DIRIWAYATKAN dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas, katanya: “Nabi Muhammad saw ialah orang yang paling dermawan dan Baginda lebih dermawan pada Ramadan ketika Rasulullah ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya al-Quran.
  • 4 zikir sepanjang Ramadan
DOA adalah silah al-mukmin atau senjata bagi orang beriman. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menggesa umat Islam supaya memperbanyakkan doa kepada Allah.
RAMADAN juga bulan penuh keampunan daripada Allah terhadap hamba-Nya yang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melaksanakan puasa dan ibadat lain.
  • Bidadari berhias sambut Ramadan
DARIPADA Anas, katanya, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Tiada daripada seorang hamba apabila melihat sehari Ramadan, lantas dia memuji Allah (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya). Kemudian dibacanya al-Fatihah tujuh kali, melainkan di'afiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu."
  • Taubat digalakkan
SATU perkara yang turut digalakkan pada Ramadan adalah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.
  • Keberkatan hadir majlis ilmu
PUJANGGA Arab ada berkata: " seseorang Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad." Kata-kata ini menerangkan kepentingan
mencari ilmu sepanjang masa dan di mana juga dia berada.
  • Mempelajari dan mengajar al-Quran
KITA sebagai umat Islam wajib bersyukur kepada Allah kerana dapat menikmati petunjuk al-Quran. Kita perlu menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
  • Bacaan ayat suci mesti tepat
NABI Muhammad saw berhati-hati dalam menjaga kesahihan bacaannya. Baginda walaupun dijamin terlepas daripada melakukan kesilapan, tetap menyemak bacaannya dengan Jibril setahun sekali iaitu pada Ramadan.
  • Nabi marah benci anak kecil
DARIPADA Ibnu Abbas daripada Nabi Muhammad saw sabdanya bermaksud: "Bukan daripada kumpulan kami mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak-anak kecil serta tidak menyuruh dengan perkara yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
  • 5 perkara hindar akhlak buruk
ORANG yang puasa wajib meninggalkan akhlak buruk. Segala tingkah lakunya harus cerminan daripada budi yang luhur. Kita wajib menjaga diri jangan sampai melakukan ghibah seperti mengata orang lain, gosip dan melakukan hal yang tiada berguna.
  • Kaitan antara puasa, sabar
KETIKA berpuasa, umat Islam amat dituntut bersabar dan menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan pahala puasa. Sikap sabar dan puasa saling berkaitan antara satu sama lain kerana tujuan puasa adalah melatih kesabaran.
  • Solat Tahajud hidupkan malam puasa
MEMAKMURKAN malam sepanjang Ramadan adalah sunat dan amat dituntut oleh Rasulullah saw. Perkara ini dinyatakan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang bangun (qiamullail) pada Ramadan dengan keimanan dan pengharapan diampunkan baginya dosa yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Puasa lawan nafsu, bangkit sifat sabar
IBADAT puasa mempunyai peranan membentuk akhlak dan peribadi mulia seseorang Muslim. Rasulullah banyak menjelaskan peranan puasa dalam membentuk akhlak seseorang melalui hadis Baginda.

  • Keutamaan mencintai kebenaran agama
DARIPADA Anas bahawa seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad saw: "Bilakah akan berlaku kiamat wahai Rasulullah?" Sabda Baginda: "Apa yang kamu sediakan untuk menghadapinya?
  • Kelebihan ibadat umrah pada Ramadan
UMRAH atau ziarah ke tanah suci Makkah amat dituntut sepanjang Ramadan. Perkara ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci iaitu Makkah dan pada bulan mulia, Ramadan.
  • Ramadan beri peluang bersih jiwa
IBADAT puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan. Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah semata-mata, akan dapat membentuk jiwa bersih.
  • Sedekah berbuka pahala besar
IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin 'Al-Mutsiiratu' dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun.
  • Puasa sempurna jika jaga mulut
IBADAT puasa yang sedang dilalui umat Islam sekarang akan lebih sempurna apabila orang mukmin semakin berhati-hati menjaga mulut ketika berkata, menjaga mata dan telinga ketika melihat dan mendengar.

 Solat malam untuk hapus dosa
RASULULLAH bersabda yang bermaksud : "Ramadan, bulan diwajibkan Allah puasa dan aku memberi contoh kepada kamu supaya solat malam. Siapa berpuasa dan solat malam benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar dosa bagaikan keadaannya ketika dilahirkan dari perut ibu."
  • Bersedekah erat ikatan kemesraan sesama insan
SETIAP amalan baik yang dikerjakan pada Ramadan akan mendapat balasan atau pahala berlipat ganda berbanding bulan lain. Inilah antara kelebihan yang diberikan Allah kepada umatnya pada bulan ini.
  • Ramadan bulan keampunan
RAMADAN adalah bulan keampunan bagi membolehkan umat Islam membersihkan diri daripada segala dosa dan noda. Tidak hairan banyak hadis yang mengaitkan hubungan Ramadan dengan saat menghapuskan dosa.